23 Disember 2010

Remaja Diperalat Pinjaman Bank

Laporan Khas: Remaja diperalat pinjaman bank

Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Alzahrin Aliasedisimingguan@bharian.com.my





KUALA LUMPUR: Satu sindiket penipuan terancang menggunakan nama individu bagi mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit dikesan di ibu negara dengan menjadikan golongan muda sebagai ‘kambing hitam’ sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang ratusan ribu ringgit.

Modus operandi kumpulan itu mudah saja, dengan menjanjikan pelaburan dan pula-ngannya sehingga RM30,000 dalam tempoh setahun termasuk elaun bulanan RM400 dalam tempoh sama – konon bagi pelaburan skim membasmi kemiskinan.


Kegiatan palsukan maklumat lulus pinjaman, kad kredit didalangi ‘orang dalam’

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan yang menggunakan nama individu untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit dipercayai menggunakan ‘orang dalam’ beberapa agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memalsukan dokumen bagi memastikan pinjaman mereka berjaya.

Mereka juga dikatakan menyogok pegawai bank sehingga 20 peratus daripada jumlah pinjaman bagi memastikan pinjaman diluluskan.

Menurut sumber, kebanyakan nama mangsa yang digunakan untuk mambuat pinjaman bekerja sebagai pengawal keselamatan, tetapi mempunyai dokumen yang dipalsukan seperti bekerja sebagai pengarah syarikat, mempunyai syarikat yang didaftarkan atas nama peminjam, mempunyai cukai tahunan dan gaji tahunan yang tinggi .

Selain menggunakan merekan untuk membuat pinjaman, sindiket juga menipu mangsa menerusi kaedah yang sama untuk memohon kad kredit. Satu taktik sindiket itu ialah menggunakan nama peserta untuk menyertai skim pertanian berkelompok dan pinjaman mikro kononnya bagi melaksanakan satu projek ternakan ikan air tawar di Selangor.

Namun, wang yang diperoleh hasil pinjaman diserahkan kepada sindiket dengan peminjam hanya mendapat elaun bulanan antara RM300 dan RM400 sebulan untuk tempoh setahun . Mangsa kemudian terpaksa menanggung hutang dan nama mereka disenarai hitam oleh pihak berkuasa .

Sumber berkata, pihak bank menerima sehingga 200 permohonan dengan nilai pinjaman setiap individu antara RM40,000 hingga RM50,000.

"Kami terkejut apabila menerima banyak permohonan sekali gus bagi projek ternakan ikan dari ibu pejabat kerana sebelum ini permohonan dikemukakan secara individu terus kepada cawangan. Separuh daripada permohonan yang diproses tidak layak untuk mendapatkan pinjaman yang ditawarkan.

"Daripada 200 permohonan itu, hanya 28 orang saja yang layak. Namun, selepas itu kami menerima arahan ibu pejabat serta surat rayuan daripada sebuah kementerian untuk meluluskan pinjaman baki pemohon, menjadikan semuanya 38 pinjaman yang diluluskan," kata sumber itu kepada Berita Harian.

Ahad lalu, akhbar ini mendedahkan satu sindiket penipuan terancang menggunakan nama individu bagi mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit dikesan di ibu negara dengan menjadikan golongan muda sebagai 'kambing hitam' sehingga mereka menaggung hutang
ratusan ribu ringgit .

Pihak bank turut terkejut apabila mendapati enam nama yang membuat aduan kepada Pengurusi Persatuan Bantuan Kebajikan Keluarga Malaysi, Datuk Fauzi Johan behubung penipuan itu menggunakan maklumat yang dipalsukan.

Sumber itu berkata, pihak bank tidak menyangka ia adalah penipuan berdasarkan lawatan ke tapak projek dan menelefon peminjam.

1 ulasan:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman sebenar? Adakah anda pernah ditolak oleh mana-mana institusi, bank-bank kewangan dan syarikat kewangan yang lain? Jika ya, bimbang lagi kerana @ JESSICABROWNFINANCEFIRM kami adalah syarikat kewangan berpengalaman yang memberikan pinjaman mudah percuma kepada individu yang tulen dan serius, syarikat-syarikat, syarikat-syarikat korporat dan orang ramai pada kadar faedah 2%. Kami mempunyai akses ke kolam tunai untuk memberi kepada Sme dan mereka yang mempunyai rancangan untuk memulakan perniagaan tidak kira betapa kecil. Tetap yakin kesejahteraan dan keselesaan anda sahaja yang kami berada di sini untuk pastikan. Dapatkan berhubung dengan kami perkhidmatan pelanggan @ email: jessicabrownfinancefirm@gmail.com untuk maklum balas yang cepat dan pantas ......
     
                                        PEMOHON DATA DIPERLUKAN
     
     
    1. Nama
    2. Negara
    3. Alamat
    4. Jantina
    5. Pekerjaan
    6. Jawatan di tempat kerja
    7. pendapatan bulanan
    8. Jumlah yang diperlukan
    Tempoh 9. Pinjaman
    10. Agama
    11. Adakah anda memohon sebelum dan telah menolak? Jika ya
    12. Nyatakan sebab ..........................................
    ......................................................... ...
    ......................................................... ...
    ............................................................
    ......................................................... ...
     
     
     
    Seseorang sedang menunggu untuk bercakap dengan anda

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...