29 Disember 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA..JOHOR

Keluarga kami ada rancangan untuk bercuti kat Johor..jadi aku pun menyuruh anakku Arshad mencari tempat-tempat menarik yang ada di Johor. Dan inilah hasilnya..mungkin ia boleh membantu kepada sesiapa yang ingin melawat Negeri Johor.

Hutan Bandar
Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang tedapat didalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.





Taman Orkid Johor Bahru


Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".



Laman Merdeka
Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa . Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.


Taman Rekreasi Tasik Pandan

Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmon, Taman Desa Harmon, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.


Jewel House

"Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengamil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi.
Ruang koridor yang luas dan selesa ini adalah elemen rekabentuk utama dan merupakan kawasan pameran dengan beratus-ratus pokok-pokok orkid termasuk yang memerlukan persekitaran redup atau panas. Semua orkid dipamerkan dengan teliti supaya terserlah kecantikan dan keunikan masing-masing. Beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman. Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan.


Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam orkid. "Jewel House" menyediakan bilik audio-visual dan pusat informasi untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan orkid. Selain daripada itu, Jewel House juga berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan pemasaran orkid dan Persatuan Orkid Malaysia.



Taman Linear

Mula dibina pada 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Abdul Razak seluas 5.54 hektar yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Jesteru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan releksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti :
1. Pondok jaga
2. Wakaf rehat
3. Trek berjogging
4. Mini golf
5. Pancutan air
6. Kandang permainan
7. Tandas awam



Pantai Stulang

Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti berternakan air seperti berkelah mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukat laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini.




Persiaran Meldrum

Jalan Meldrum dinamakan Dato' Meldrum (1821-1904), seorang Scotland pertama telah membuka kilang papan di muara Sungai Segget (berdekatan Kompleks Kastam sedia ada, di jalan Sawmill). Pembalakan merupakan industri pertama Johor Bahru pada ketika itu, Jalan Meldrum terletak di tengah-tengah kawasan yang pernah dikenali sebagai Kampung Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum telah dinamakan sempena dengan nama anak-anaknya iaitu Siew Nam, Siew Koon dan Siew Chin.Sebagai "Pedestrian Mall" menyediakan laluan terbuka untuk kemudahan para pengunjung serta diperindah dengan landskap yang menarik di mana pelancong dan penduduk tempatan dapat bersantai di "side walk cafe" dan berhibur dengan persembahan kebudayaan dan artis jalanan.



Legaran Segget

Konsep pembangunan Legaran Segget adalah sebagai "Pedestrian Mall" yang menyediakan laluan hijau yang selesa ,selamat dan berinformasi yang bertemakan "Creating Human Experience" melalui elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan.Selain menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat Legaran Segget menyediakan ruang untuk pengunjung bandaraya bersantai, berhibur, makanan, maklumat, keselesaan dan mengingati semula sejarah di Sungai Segget.




Legaran Tan Heok Nee

Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru.Selain itu, pembangunan Legaran Tan Hiok Nee adalah untuk mewujudkan satu jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato' Onn di hadapan Bangunan MBJB dan Pejabat Pos. Selain itu , pembangunan ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan seterusnya menjadi pusat tumpuan kepada para pengunjung.




DANGA BAY

Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan.Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia.Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.










Perihal Doa.....


Doa ialah satu ucapan permohonan dari hamba-Nya kepada Allah SWT dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolongan-Nya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.


Berdoa merupakan salah satu ibadah, iaitu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.


Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah SWT. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan- Nya kepada rasul.


Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mukminun, ayat 51)
Firman Allah lagi, “Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 172).


Kemudian Rasulullah SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”, padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? (Hadis riwayat Muslim)


Adab berdoa

Kita banyak berdoa…..
tetapi adakah Allah menerimanya?
Sudah kah kita fikirkan kenapa doa kita tidak di terima?
Kalau tidak di terima kecewakah kita?
Sudah kita berbuat sesuatu untuk doa kita diterima Allah?
Adakah kita telah mengikut adab-adab berdoa sebaik mungkin supaya doa kita diterima Allah?
Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab serta syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah.

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik.
Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut:

* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah SWT.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana (tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah SWT.


Antara adab-adabnya adalah seperti berikut :


1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang halal. Memakan makanan halal dan baik adalah satu bentuk ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insya-Allah segala yang dimohon akan dikabulkan Allah.


2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ini maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan-Nya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.


3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.


4. Digalakkan solat sunat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.


5. Mengadap kiblat semasa berdoa.


6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.


7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.


8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa didengari dan dimakbulkan.

Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita:


a) Dengan serta merta


b) Ditangguhkan untuk dimakbulkan di hari akhirat


c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.


9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.


10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini, “Ya Allah, berikanlah aku petunjuk jika Engkau suka”, sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.


11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku…..”


12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.


13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silaturrahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, insya Allah doa kita akan dimakbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.


14. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (contoh: nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dan lain-lain)


15. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (contoh: ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.


16. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.


17. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan Saidina Abbas (bapa saudara Rasulullah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat-sahabat bertawasul dengan Rasulallah sahaja.


18. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.


Tempat berdoa


Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).

Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.
Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.


Saat-saat doa paling mustajab


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, “Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim.



Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud, pasti doamu diperkenankan Allah SWT.” (Hadis Riwayat Muslim)


Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s. bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan.


Sujud hanyalah untuk Allah SWT. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah “Sujudlah pada-Ku”. Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud.


Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.


Kesimpulannya


Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat apa yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut.” (Surah al-A’raf , ayat 55)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah SWT. Amiin.
Dalam dakwah tiada istilah COPYRIGHT… . Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud, ”Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripada ku walau satu ayat)”– Hadis Riwayat Bukhari

Catatan: Artikel ini diambil dari blog lain..cuma maaf bebanyak..dah tak tahu blog yang mana coz dah simpan lama..cuma baru terbitkan. Tak pe lah ye..sama-sama kita jadikan panduan.

..::Homemade Chocolate::......: KEK KASTAD PANDAN

Resipinya ada kat blog saya yang lagi satu.

..::Homemade Chocolate::......: KEK KASTAD PANDAN: "Rasa teringin nak makan kek ni..sebab bila tengok gambar nampak cam sedap je. Tak pernah buat...ni ler first time..sib baik jadi. Kek ni pat..."


Kerja Budak-budak + Bekas Budak...

Ini la kerja budak2 ni time cuti dan berkumpul ramai-ramai kat kampung. Biasanya bilik Ayah Mat la yang jadi mangsa. Bekas budak pun tumpang sekaki...





i-city...Shah Alam







































Muara Ikan Bakar Lagi...

Kali ini gi dengan keluarga kakak dari Terengganu. Fuyoo...punyalah ramai orang...sampaikan pelanggan yang sampai dalam pukul 7.45 malam kena menunggu tempat kosong...
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...