14 April 2010

SOTONG GORENG TEPUNG

Resipi ini saya ambil dari 'my resipi'. Saja nak cuba..sebab biasanya saya guna resipi lain untuk buat sotong goreng tepung. Selepas mencubanya...wah memang BEST...

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
• 300 gm sotong
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 biji telur
• sedikit garam
• lada sulah
Cara-cara
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
4. Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

11 April 2010

KURSUS SMKTC DI BAGAN LALANG,SEPANG

Pada 9-11 April...SMK Taman Connaught telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang.Yang paling seronoknya adalah malam BBQ dan Karaoke. Bagai nak pecah perut aku ketawa... Dalam video ini adalah Datin Khairiah, Ketua Sektor di JPWP dan Pengetua kami....Puan Radiah bt Nordin.
video
video




Suamiku turut ikut...sempat la gi pantai jap...lepas kursus..



08 April 2010

KUEH ASAM GUMPAL

Awal-awal nak mintak maaf kerana saya kidnap gambar dari blog lain. Koleksi saya tak de gambar.

Asam Gumpal ini adalah sejenis kueh yg banyak terdapat di pantai timur..
Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula

Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

Anda juga boleh tonton video ini:
video

KUEH LOMPAT TIKAM


Bahan-bahan ( satu keluarga (4-6 orang) )
A: Tepung hijau
250gm tepung beras
700ml santan cair
secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
secubit garam
sedikit pandan paste/pewarna hijau
B: Santan pekat
1500ml santan pekat
80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
secubit garam
D: Air gula
300gm gula melaka
3 cawan air
sehelai daun pandan
Cara-cara
1. Campur kesemua bahan A dan tapis
2. Masak atas api hingga pekat
3. Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A)
4.Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
Catatan: Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap dari nya dan curahkan air gula secukupnya.

Kuah Rojak Buah


Bahan A
cili kering 20 biji (potong dan direbus)
10 biji cili api
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 cawan kicap lemak biasa
1/2 kilo gula
sedikit garam

Bahan B (Tambahan)
1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan semua bahan A dalam blender..
2. Masakkan dalam kuali sehingga pekat
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan(jika suka).
Catatan: Sesuai dimakan dengan mangga muda, nenas, sengkuang, kedondong dan lain2

07 April 2010

Anak Saudara Baru...ku

Ha...kawan2..inilah anak saudaraku yag baru...comel tak? kepada maknya, kalau tak nak ..bagi aku...hi hi...maklum..kan dah ramai anak jantan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...