21 Julai 2011

KEK CARROT

Anda suka kek carrot? jom buat kek carrot yang simple tapi sedap ni.Apa-apa pun layan gambar dulu ye....




KEK CARROT

240g lobak merah (diparut)

60g kacang walnut

240g tepung naik sendiri

1 sk soda bikarbonat

1sk serbuk kayu manis (saya tak letak-tak suka)

200g gula (saya letak 170g))

4biji telur

190g minyak jagung

sedikit garam

kismis 1 kotak

sedikit esen vanila


catatan:

-kacang walnut dan kismis, saya gantikan dengan 100g buahan campur.

-Saya tambahkan 2sb oren sunquick


Cara:


  1. Ayak tepung, soda dan garam. Gaulkan dengan carrot dan buah-buahan campur.

  2. Putar telur, minyak, gula, oren dan esen vanila hingga kembang.

  3. Masukkan tepung tadi.

  4. Bakar 180c selama 45-55 minit..atau sehingga masak.

19 Julai 2011

DIVIDEN BANK PERSATUAN 2010...

Sebelum ini, saya ada masukkan entry berkaitan bank persatuan di sini. Setiap tahun, bank persatuan akan mengagihkan dividennya sekitar bulan Julai atau Ogos. Dan terbaru..dividen untuk tahun 2010 telah diumumkan oleh pengerusinya.


Perutusan Pengerusi Bank Persatuan Sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-52


Dividen yang diisytiharkan untuk tahun 2010 adalah 7.5%...agak rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Kenapa?? Itu kenalah tanya pengerusinya. Tapi rasanya ia lebih baik daripada ASB kerana zakat telah dibayar. Dan dividen ini akan mula dibayar mulai 25 Julai 2011. So..kepada pemegang-pemegang syer bank persatuan...boleh la buat belanja untuk hari raya yang bakal menjelang.


Sejarah Pengagihan Dividen Bank Persatuan:

2003 10.0%
2004 10.0%
2005 12.5%
2006 12.5%
2007 10.0%
2008 10.0%
2009 10.0%
2010 7.5%

SELAMAT MELABUR


18 Julai 2011

KENDURI KAHWIN...JIRAN

Biasa la..dah dekat-dekat bulan puasa ni..ramai la yang buat kenduri kahwin..maklum nanti dah posa..canna nak makan yek..Haa..kena la cuti sebulan. Dewan-dewan pun hampir penuh dibooking. Ini adalah gambar2 kenduri kahwin jiran.Majlis ni dibuat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak pada hari Ahad 17 Julai 2011. Hari sebelumnya adalah majlis akad nikah dan marhaban yang dilakukan di rumahnya. (sori - tak sempat snap gambar)



Ini anak dara umi(aku lah tu)..bukan pengantin ye..hehe...


Dengan adiknya..Siti Najibah.


Haa...ni pulak umi dan ayahnya. Apa? Uminya gemuk???? Ada aku kesah??? hehe..padahal memang kesah..cuma cubaan untuk menguruskan badan tu tak berapa menjadi...nafsu makan yang menjadi-jadi.....


17 Julai 2011

RAHSIA PERSONALITI DARI JENIS DARAH..

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.





1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.





Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.




Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.




Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.




Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.




Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.




2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.




Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.




Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.




Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.




Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.




Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.




3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.




Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.




Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.




Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.




Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.




4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.




Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.




Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.




Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.




Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.




Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.





**jenis darah aku adalah "O". Anda???







INILAH RUTIN KU.....

Anakku seramai 3 orang..1 lelaki dan dua perempuan. Eh eh eh...jangan silap pulak..yang dalam gambar ni nampak je cam sama tapi mereka sepupu. Dua yang kiri kanan tu adalah anak-anak perempuanku. Yang tengah tu adalah anak saudaraku yang tinggal di Subang Jaya. Selepas mamanya bersalin dan ada adik baru (sekarang umur 3 bulan) kerap aku ambil anaknya yang sorang ni bila hujung minggu.

Ye lah ...boleh la jugak kita orang main-main ngan dia. Acceli umurnya dalam dua tahun lebih..tengah best usik..hehe...Farhan namanya. Dia pun dah tahu nak mengikut bila aku ke rumahnya. Apalagi...aku ambik la wat n
balik. Hari Ahad terpaksa la hantar semula..nanti mamanya marah wooo...

Haa..tengok..dia pun dah tahu demand bila kita orang keluar..hehe..


Ada satu malam tu..dalam kul 11 malam..mamanya telefon tanya aku dah tido ke belom? Suspen gak..ingatkan dia ada kecemasan. Rupanya Farhan nak bercakap ngan aku-che ngah dia..hehe...jangan mare ya mamanya..Kalo tak bukan hujung minggu je.....tapi aku ambik terus..wakaka....


31 Mei 2011

HAKIKATNYA....


Kepada pengunjung2 blog ku ini...harap dapat memaafkan diriku yang serba kekurangan ini.
Disebabkan kekangan masa...blog ini sudah agak lama tidak diupdate.

Ini kerana tumpuan diberikan kepada blog ku yang satu lagi. Kalau tak keberatan, jomlah berkunjung ke rumah keduaku:



atau boleh aje melawat ke fb page saya:




Semoga anda semua tak jemu memberikan sokongan kepada saya dalam berbloger. Terima Kasih.

24 April 2011

AGAR-AGAR SANTAN








AGAR-AGAR SANTAN


Bahan-bahan


  1. 10g serbuk agar-agar


  2. 800ml air


  3. 200g gula


  4. 200ml santan pekat


  5. sebiji telur


  6. sedikit esen vanila


  7. sedikit garam


Cara-cara:





  • Dalam bekas, campurkan santan, esen vanila, garam dan telur. Kacau sedikit.


  • Masak serbuk agar-agar, gula dan air sampai mendidih. bila dah mendidih masukkan santan dan telur tadi. kacau dengan cepat.


  • Apabila dah mendidih, boleh la angkat. Masukkan dalam acuan/bekas.


  • Agar-agar ini akan menjadi dua lapisan jika dimasukkan ke dalam acuan semasa masih panas.


Versi saya: Saya biarkan agak sejuk dahulu (tetapi perlu dikacau sekali sekala), baru masukkan dalam acuan. Sebab itu, gambar nampak cam satu kaler jek...

24 Februari 2011

Dividen Bank Rakyat 15 peratus

Akhirnya penantian untuk tahun ini berakhir juga...Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15% untuk tahun 2010. Alhamdulillah..



Kewangan sebelum cukai dan zakat meningkat 10.8 peratus kepada RM1.72bBANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) mengumumkan pengagihan dividen tunai 15 peratus kepada 758,356 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010, membabitkan pembayaran berjumlah RM294.9 juta.

Ini susulan prestasi cemerlang dicapainya tahun kewangan berkenaan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakatnya terus meningkat dua angka, iaitu sebanyak 10.8 peratus kepada RM1.72 bilion daripada RM1.55 bilion tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatan kasar bank koperasi itu dalam tahun kewangan itu meningkat 24.3 peratus kepada RM4.7 bilion daripada RM3.78 bilion.



Selepas ditolak cukai dan zakat, keuntungan bersihnya adalah sebanyak RM1.34 bilion, meningkat 19.1 peratus daripada RM1.13 bilion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KePenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan kewangan cemerlang itu dicapai hasil daripada pertumbuhan kukuh pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran.

Ia juga disokong pengurusan kos yang cekap, kualiti aset yang kukuh dan amalan perbankan berhemah, katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim dan Pengarah Urusan bank itu, Datuk Kamaruzaman Che Mat. Dalam tahun kewangan dikaji, pendapatan daripada sumber pembiayaan Bank Rakyat meningkat kepada RM4.04 bilion berbanding RM3.4 bilion pada tahun sebelumnya, dengan RM3.71 bilion disumbangkan perbankan konsumer manakala perbankan komersial menyum-bang sebanyak RM323.9 juta.

Pendapatan berasaskan yuran pula meningkat 13 peratus kepada RM92.3 juta daripada RM81.7 juta, manakala pendapatan adalah sebanyak RM145.4 juta.Jumlah aset bank koperasi itu meningkat 22.3 peratus kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tahun kewangan sebelumnya dengan pulangan atas asetnya kekal kukuh pada kadar 3.1 peratus.

Dalam tahun kewangan berkenaan, jumlah deposit Bank Rakyat meningkat 26.7 peratus kepada RM52.49 bilion daripada RM41.42 bilion pada tahun sebelumnya.Dana pemegang sahamnya meningkat 12.3 peratus kepada RM5.95 bilion daripada RM5.3 bilion.

Mengenai prospek bagi tahun ini, Kamaruzaman berkata, bank koperasi itu yakin mencapai pertumbuhan pendapatan sekitar 10 peratus dengan tumpuan akan terus diberikan kepada perniagaan perbankan runcit serta komersial.

06 Februari 2011

Anda Ada Duit? Melaburlah di sini...

Anda pernah dengar Bank Rakyat? Rasanya ramai yang tahu pasal bank ini. Selain fungsi biasa bank sebagai pemberi pembiayaan, tempat penyimpanan wang, membayar zakat, membayar bil dan sebagainya..Bank ini juga menyediakan syer keanggotaan bank rakyat yang menawarkan keuntungan sehingga 20% setahun yang dibayar sekitar Februari setiap tahun. Tapi bermula 2004, bank ini telah menutup syer anggotanya kerana dengarnya syer tersebut telah penuh..tapi Alhamdulillah saya sempat menjadi anggotanya.

Anda rasa kecewa?Jangan kecewa kerana selain bank Rakyat ada lagi bank lain yang menawarkan pulangan yang agak lumayan iaitu Bank Persatuan..Kadar keuntungan yang diberikan ke atas syer keanggotaan secara puratanya adalah 10% setahun. Di bawah ini adalah logonya. Ianya berpusat di Pulau Pinang...tetapi sekarang sudah ada banyak cawangan....Shah Alam dan sekitar Kg Baru Kuala Lumpur. Cumanya syarat tahun ini..hanya boleh melabur sebanyak RM2000 sahaja. Tahun lepas kalau tak silap saya..RM10,000 seorang. Adakah sudah hampir masa hendak tutup macam Bank Rakyat? Entah la...cepat-cepat lah anda ambil peluang ini. Dan ajaklah suami isteri, adik-beradik, saudara mara. Ada kepentingan untuk saya? Tiada...saya cuma berkongsi info..



Syer Keanggotaan Bank Persatuan

Keanggotaan Individu

Keanggotaan individu ( perseorangan ) Bank Persatuan adalah terbuka kepada bumiputera melayu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum di lepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Bayaran minimum syer menjadi anggota individu ialah sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) atau 50 unit (RM 10.00 seunit)

Had maksimum pelaburan bagi anggota individu adalah sebanyak RM 2,000.00 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.

Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru' dengan sumbangan RM 25.00 setahun disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)

Keanggotaan Koperasi

Keanggotaan Bank Persatuan juga dibuka kepada semua pertubuhan koperasi di negara ini yang memenuhi syarat keanggotaan koperasi berkenaan hendaklah terdiri daripada tidak lebih 10% bukan bumiputera melayu warganegara Malaysia dan sebuah pertubuhan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.

Bayaran minimum syer untuk menjadi anggota kepada sebuah pertubuhan koperasi adalah di tetapkan sebanyak RM 3000.00 (Ringgit: Tiga Ribu sahaja) atau 300 unit (RM 10.00 seunit)

Had maksimum pelaburan bagi anggota koperasi adalah sebanyak RM 20,000.00 berkuatkuasa mulai 1 januari 2011.

Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang permohonan keanggotaan rasmi dengan disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)

Had Maksimum Tambahan Pelaburan Syer Keanggotaan

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-

1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia AdaAnggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-

i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00

Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.

2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-

i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00

Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan

Aturan Aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuarat pada 19 Januari 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan "Aturan-aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota". Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Bank Persatuan pada 15 Ogos 2009 lalu.
Tujuan Aturan-aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan kepada anggota-anggota Bank Persatuan yang memerlukan sumber kewangan.

1.0 Syarat Dan Kelayakan
1.1 Setiap anggota individu dan koperasi yang telah menjadi anggota genap 1 (satu) tahun adalah layak memohon pengeluaran sebahagian syer yang dimilikinya.
1.2 Had Pengeluaran
1.2.1 Jumlah pengeluaran syer hanya boleh dilakukan dengan baki syer tidak kurang dari had minimum menjadi anggota seperti berikut :
(i) Anggota Individu RM 500.00
(ii) Anggota koperasi RM3,000.00
1.2.2 Pengeluaran syer hanya boleh dilakukan sekali di dalam tempoh 1(satu) tahun daripada tarikh menjadi anggota ataupun daripada tarikh pengeluaran syerterdahulu.
1.3 Bagi anggota-anggota yang telah mengeluarkan sebahagian syer di atas adalah tiada sebarang tegahan untuk melakukan bayaran tambahan syer anggota masing-masing darisemasa ke semasa tertakluk kepada had tambahan maksima syer anggota yang dibenarkan.
1.4 Jumlah minima syer yang dipohon untuk pengeluaran hendaklah tidak kurang dari RM100.00(Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja) bagi setiap kali pengeluaran.
1.5 Jumlah maksima syer yang dipohon untuk pengeluaran hendaklah tidak melebihi RM50,000.00(Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi setiap kali pengeluaran.
1.6 Pengeluaran sebahagian syer ini adalah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Kecil 57 dan 58 Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
2.0 Kelulusan Dan Pembayaran
2.1 Permohonan pengeluaran sebahagian syer mestilah dengan melengkapkan borang permohonan dan boleh dibuat melalui mana-mana cawangan Bank Persatuan.
2.2 Jumlah pengeluaran sebahagian syer anggota adalah tertakluk kepada kelulusan AnggotaJawatankuasa Kerja Bank Persatuan terlebih dahulu.
2.3 Tempoh pembayaran pengeluaran syer kepada anggota yang berkenaan adalah di dalam tempoh selewat-lewatnya 1 (satu) bulan daripada tarikh permohonannya diluluskan
3.0 Tarikh KuatkuasaPermohonan pengeluaran sebahagian syer anggota ini adalah berkuatkuasa serta-merta pada tarikh memorandum ini. Permohonan bagi pengeluaran sebahagian syer anggota ini mestilah dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Sebahagian Syer (PSSA). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Operasi Dan Keanggotaan, Ibu Pejabat untuk kelulusan.

05 Februari 2011

MEE BANDUNG....

Dah lama tak masukkan en3 dalam blog nih..maklumlah agak sibuk..tambah lagi uruskan 2 blog..hehe..Sebenarnya banyak bahan yang ingin dicoretkan..tetapi tak cukup masa. Maklum lah..kita orang perempuan ni macam-macam nak buat...basuh dan lipat kain, basuh pinggan, masak, lipat dan gosok baju...pendek kata macam-macam lah..tambah dengan kerja tetap lagi..(Rasanya ramai kekawan perempuan yang ada kerjaya sendiri..betul tak?)

Aduh pendek kata..masa 24 jam sehari memang tak cukup kan? Betul tak kekawan. Setiap hari masak tetapi tak sempat nak masukkan resipi. Tapi malam ni ada masa sikit. Suami ngan anak2 gi Giant..hehe..mak layan tenet. Bukan sengaja tak nak ikut..tapi badan rasa tak berapa sihat. Adik yang tinggal kat Subang Jaya pun telefon suruh pegi kat rumah dia ambik ketupat..(dia baru sampai dari kampung)..ala..tak larat la...esok-esok aje lah...

Malam ni rasa nak makan simple je..mulanya nak buat mee sup, tapi my lovely hubby(hehe) request mee bandung..so layan aje lah...Haa kengkawan bole la cuba resipi saya yang teramat-amat simple nih coz saya tak gunakan perencah pun...


Fuhhhh..tengok gambor pun dah sedap...(kaka..masuk bakul angkat sendiri la pulak)..Kita layan resipinya pulak..


Bahan-bahan ( 4 orang )
1 peket mee kuning
15 ekor udang basah
1/4 ekor ayam

2 ulas bawang merah
1 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering
3 biji telur
sawi
bawang goreng
Hirisan cili merah
Gula
Garam
limau kasturi
Sedikit sos cili dan sos tomato


Cara-cara

Celur mee kuning
  • Blend bwg merah,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  • Kemudian masukkan air dan ayam . Didihkan. Masukkan pula gula, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi dan udang.
  • Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.
  • Catatan: Boleh gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah..tapi saya tak letak.
  • Sedappppp...........................
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...