14 April 2010

SOTONG GORENG TEPUNG

Resipi ini saya ambil dari 'my resipi'. Saja nak cuba..sebab biasanya saya guna resipi lain untuk buat sotong goreng tepung. Selepas mencubanya...wah memang BEST...

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
• 300 gm sotong
• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 biji telur
• sedikit garam
• lada sulah
Cara-cara
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
4. Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...