20 Mac 2010

KOSMETIK NOUVELLES VISAGES

POTONGAN 20% UNTUK PRODUK NV KECUALI TRIAL SET.
Berminat: Telefon Mazinah 013-3998909 (Bandar Tun Razak, KL)



NV Eye Make Up Remover RM15.00


NV Cleansing Milk RM35.00

Sebagai penanggal sisa-sisa solekan
Kulit menjadi lebih lembut dan bersih

NV Facial /Black Soap RM50.00

Diformulakan khas daripada minyak koko yang terbaik
Mencantikkan kulit dengan berkesan - Sesuai untuk semua jenis kulit

NV Medicated Soap RM50.00

Sesuai untuk kulit yang berminyak dengan ekstrak lemon dan AHA.
Mencuci kulit wajah dan minyak yang berlebihan.
Menghasilkan nilai pH kulit yang seimbang.
Terbukti berkesan untuk menghalang pembentukkan jerawat dan jeragat. Ekstrak lemon da AHA menggalakkan pembentukkan sel kulit yang baru.

Cara Penggunaan:Letakkan sedikit sabun ini ke tapak tangan. Tambahkan sedikit air dan sapukan dan urut muka dengan lembut. Bersihkan dengan menyeluruh dan keringkan dengan tuala.

NV Bio Whitening Soap RM50.00

Mengelakkan kulit daripda bermasalah - Sesuai untuk kulit normal dan kulit sensitif

NV Facial Soap For Acne & Pimple Skin RM40.00

Membersihkan kotoran dan lebihan minyak.
Mengimbangkan pH kulit.
Menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru.
Mengecilkan liang-liang roma yang terbuka.
Mengatasi masalah kulit.

NV Facial Soap For Normal Skin RM40.00

Memberi kesegaran dan melembapkan kulit - Sesuai untuk kulit normal dan kering

NV Acne & Pimple Skin Compressor RM35.00

Mengurangkan dan mengatasi masalah kulit jerawat
Mengimbangkan pengeluran minyak kulit wajah

NV Moisturiser RM40.00

Untuk melindungi kulit wajah anda daripada sianran UV matahari.
Melembapkan dan melembutkan kulit wajah sementara mencerahkan bahagian wajah.
Cara Penggunaan:Sapukan ke bahagian wajah anda dengan lembut dan menyeluruh.

TONER LOTION A RM 65.00

Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menyegarkan kulit wajah
Kulit kelihatan lebih muda

NV Toner Lotion B RM60.00

Untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih cantik dan tampak lebih muda.
Agen anti jerawat dan anti pigmentasi.
Cara Penggunaan:Hanya untuk penggunaan bagi yang menghidapi hiperpigmentasi pathologikal seperti chloasma, melasma, freckles dan lentigines.

NV Normal Skin Toner (180 ML) RM30.00

Menyegarkan kulit.
Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
Sebagai agen penyegar kepada kulit.
Melembutkan kulit dengan berkesan
Melindungi kulit daripada sinaran UV
Cara Penggunaan:
Goncang botol sekata. Lembapkan kapas dengan losyen tersebut dan sapukan ke bahagian wajah anda dengan lembut dan menyeluruh. Biarkan ia kering (jangan lapkannya) untuk hasil yang maksimum.

NV Sensitive Skin Toner RM30.00

Menyegarkan kulit bermasalah.
Menghasilkan wajah yang radian, lembap dan tampak lebih muda.
Mengatasi masalah kulit
Mengecilkan pori-pori yang terbuka
memberi kesegaran dan bermaya sepanjang hari
Cara Penggunaan:
Goncang botol sekata. Lembapkan kapas dengan losyen tersebut dan sapukan ke bahagian wajah anda dengan lembut dan menyeluruh. Biarkan ia kering (jangan lapkannya) untuk hasil yang maksimum.

NV Acne & Pimples Skin Toner RM30.00


NV Day Cream RM60.00

Melindungi kulit daripada ancaman sinaran matahari
Kulit menjadi lebih gebu dan halus

NV Foundation Cream 3 In 1 RM80.00

Melindungi kulit daripada sinaran UV
Memberi danmenjaga kelembapan pada kulit
Kulit kelihatan lebih bersih, halus dan gebu

NV Sun Block 3 In 1 RM65.00


NV Day & Night Cream RM60.00

Krim dwicara yang boleh digunakan siang dan malam
Sebagai agen pemulihan struktur kulit
Warna kulit menjadi sekata dan berseri

Trial Pack RM130.00

PELABURAN ASB


Cara mudah untuk memaksimakan pelaburan ASB anda.

Sekarang ini terdapat banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB spt CIMB, Maybank, RHB easy. Pada pendapat anda adakah ia satu pelaburan yang menguntungkan?
Cuba tengok maklumat yang saya kumpulkan dan kiraan simple saya saya.

Sejarah dividen dan bonus pelaburan ASB

Sumber:PNB
Dalam analisa ini, saya ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun. Kadar faedah 3.9% (BLR 5.55-1.65) dengan jangkaan dividen ASB 7% SAHAJA. Berikut adalah analisa yg saya dapat.


Selepas 25 tahun, jumlah simpanan ASB anda adalah RM542,716.00 berbanding jumlah yang anda bayar hanya RM160,200.00. Untung bersih anda adalah RM382,516.00. Cubalah anda kira berapa peratus keuntungan anda. ( lebih kurang 238.7% setahun).Modal anda hanya RM6,408 setahun.
Bayangkan juga kiraan saya hanya berdasarkan dividen 7%...jika lebih???? Lagi tinggi pulangannya.


*Bayaran bulanan termasuk insurans. (Boleh diperolehi di bank berkaitan)
(Bayaran insurans hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.)

Setakat ni, saya belum jumpa lagi pelaburan yg risiko hampir zero tapi pulangan sangat tinggi. ASB loan adalah peluang yg tidak mungkin saya lepaskan.

Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB. Cuba anda tengok kadar dividen tahun 1997(semasa ekonomi meleset dan kadar BLR naik.....)

Maknanya, untung rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun.Ambil tempoh maksimum 25 tahun untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan.

Anda boleh juga berhenti bila-bila masa (tetapi syarat mesti lebih dari 3 tahun-baru dapat untung)

Saya tolong kirakan:

Contohnya selepas 5 tahun:

Dividen 5 tahun RM31,079 + 100k X 5/25(tahun) = RM 51,079 berbanding jumlah ansuran yang anda bayar adalah RM6,408 X 5 = RM32,040. Dengan kata lain anda mendapat pulangan purata sebanyak 59% setahun

51,079 - 32,040/5tahun = RM3,807setahun

3,807/6,408 X 100% = 59% setahun

Kalau kewangan anda paling teruk pun, anda hanya perlu membayar ansurans pinjaman untuk tahun pertama sahaja...tahun ke2 dan seterusnya anda boleh menggunakan dividen ASB untuk membayar ansuran pinjaman.Tengok jadual di atas..dividen anda setahun RM7,000 tetapi bayaran tahunan hanya RM6,408. Hasilnya selepas 25 tahun, anda mendapat pokok RM100k dengan hanya membayar RM6,408.00 sahaja!!!!!Dengan kata lain anda untung bersih RM93,592 atau purata untung anda adalah 58.4% setahun.

Catatan:
- Maybank menawarkan pinjaman Islamic.
- Sesuaikan jangkamasa tempoh pinjaman dengan umur anda. Jika aturan anda betul, anda akan menikmati masa persaraan yang terjamin. Insyaallah.

SEKIAN, SELAMAT MELABUR.

19 Mac 2010

NASI KERABU


Bahan-bahan ( sekeluarga makan )
nasi putih

bahan kuah tumis
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
cili giling
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
garam secukup rasa

bahan sambal kelapa
2 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus & ambil isi)
1 biji kelapa parut(digoreng tanpa minyak hingga kuning)
3 ulas bawang merah
sedikit halia
garam secukup rasa

bahan budu
budu
4-5 biji cili padi
limau kasturi @ limau nipis @ lemon

bahan ulam kerabu
5-10 biji kacang panjang
1 biji timun
1/4 biji kubis
1 batang bunga kantan
1 batang serai
1 genggam daun kesum
1 genggam tauge
3 helai daun limau purut muda (jika suka)

lauk (opsyenal)
keropok ikan
telur masin
ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
bawang putih jeruk
solok lada

Cara-cara
1.utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
2.utk sambal kelapa:
ikan kembung direbus ...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan...ikan rebus diambil isinya.Tumbuk halia dan bawang merah. Bila dah lumat..masukkan isi ikan..tumbuk lagi. Gaul ikan bersama kelapa goreng, sedikit garam dan aji. Tumbuk sekejap.
3.utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
4.utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
5.sedia utk dihidangkan
campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kelapa, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera.

Catatan: Kalau tak mahu guna kuah tumis, boleh guna air lada. (tumbuk cili api dan campur dengan cuka).

MASAK LEMAK SAYUR


Bahan
4 ulas bawang merah
1 cawan santan
1 ekor ikan sardin/kembong ( rebus dan ambil isi)
3 tangkai lada besar (merah/hijau)
Sayur (kangkung, sawi, bayam, kobis,pucuk paku dsb)
Udang geragau (jika suka)

Cara membuat:
1. Tumbuk bawang, bila dah lumat, masukkan isi ikan. Tumbuk sekali.
2. Masukkan semua bahan tumbuk, santan, sayur, lada (dipotong 4) dan udang geragau ke dalam periuk dan masak.Masukkan garam.
3. Angkat bila sayur sudah agak layu.

11 Mac 2010

PULUT KUNING


Bahan-bahan ( 4-6 orang )
1 kilo beras pulut
2 cawan santan pekat
1 sudu teh kunyit serbuk
garan secukup rasa (gaul dengan santan)
1 sudu besar gula ( kalau suka)

Cara-cara
1.Cuci dan rendam pulut bersama serbuk kunyit minimum 3 jam.
2.Toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak (naik wap)
3.Kemudian keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas.
4.Tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
5.Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Catatan: Dimakan bersama rendang / telur dadar

10 Mac 2010

NASI DAGANG


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
**NASI**
4 cawan beras nasi dagang + 1/4 cawan beras pulut
1 cawan santan
garam (digaul bersama santan) dan sedikit gula
1 sudu kecil halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air

**GULAI IKAN TONGKOL**
2 cawan santan
4 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih & 2 cm halia } di'blend'
10-15 tangkai cili kering
1-2 sudu besar rempah kari ikan adabi
4 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
1 sudu besar gula @ 'nise'
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol hitam

**ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula

Cara-cara
1.NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair. Gaul rata. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula, halba,bawang dan halia yang dihiris dan santan.

2.GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak,(kalau tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

3.ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!!!

Catatan: Boleh juga tambahkan telur rebus ke dalam gulai ikan.

BUBUR AYAM



Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
sedikit pati ayam
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah


Cara:
Halia, bawang merah dan bawang putih di campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.

Masukkan air,pati ayam dan didihkan sehingga separuh masak.

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)

Bubur sedia dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!

SAMBAL BELACAN


Bahan-bahan:

1 mangkuk kecil cili
1/4 cawan gula
sedikit garam
Sedikit belacan
1 tomato
1/2 bawang merah
1/2 lemon (ambik jus)
sedikit air
cuka

Directions:
1. Bakar belacan dan bawang merah
2. Campur semua bahan dan kisar dengan blender.

SAMBAL KICAP


Bahan-bahan:

20 biji cili api
2 biji limau kasturi (kalau limau nipis 2 belah)
2 ulas bawang putih
kicap
sos cili
sikit gula

Cara Memasak:
1. Tumbuk cili dengan bawang putih.
2. Bila dah lumat, masukkan dalam mangkuk, selepas itu tuang kicap, sos chili, gula dan perahkan limau.
3. Sedia untuk dimakan.(SESUAI DIMAKAN DENGAN SOTO / TEMPE GORENG)

Catatan: Ini adalah resipi Pn Maria, SMKTC

KEK COKLAT MOIST



Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara
1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan gula dan pukul lagi
3.Kemudian masukkan minyak masak
4.Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6.Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

09 Mac 2010

KEK LOBAK BERKACANG


Bahan-bahannya:
800 gram mentega
1 kg gula pasir
24 biji telur
500 gram tepung gandum
30 gram serbuk penaik
600 gram lobak merah yang diparut
1 biji buah lemon
400 gram kacang walnut
5 gram vanila esen
Garam

Bahan pastri:
Krim mentega
30 gram gula
1 kg mentega
250 gram putih telur

Cara membuatnya:
1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur perlahan-lahan.
2. Gaulkan kacang walnut, lobak merah, tepung, serbuk penaik, jus limau, sedikit garam dan esen vanila sehingga rata.
3. Campurkan bahan-bahan tersebut ke dalam adunan yang pertama dan gaul rata.
4. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam acuan yang telah disapukan dengan sedikit mentega dan di alas dengan kertas minyak.
5. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
6. Setelah siap sejukkan kek dan sapukan krim mentega di atasnya dengan rata. Hiaskan dengan lobak kecil yang diperbuat daripada
marzipan.

Cara membuat krim mentega:
1. Gula dan putih telur dimasak menggunakan "double boiler" sehingga gula larut.
2. Apabila gula telah larut masukkan ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga kembang dan sejuk.
3. Kemudian masukkan mentega dan pukul hingga sebati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...