20 Mac 2010

PELABURAN ASB


Cara mudah untuk memaksimakan pelaburan ASB anda.

Sekarang ini terdapat banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB spt CIMB, Maybank, RHB easy. Pada pendapat anda adakah ia satu pelaburan yang menguntungkan?
Cuba tengok maklumat yang saya kumpulkan dan kiraan simple saya saya.

Sejarah dividen dan bonus pelaburan ASB

Sumber:PNB
Dalam analisa ini, saya ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun. Kadar faedah 3.9% (BLR 5.55-1.65) dengan jangkaan dividen ASB 7% SAHAJA. Berikut adalah analisa yg saya dapat.


Selepas 25 tahun, jumlah simpanan ASB anda adalah RM542,716.00 berbanding jumlah yang anda bayar hanya RM160,200.00. Untung bersih anda adalah RM382,516.00. Cubalah anda kira berapa peratus keuntungan anda. ( lebih kurang 238.7% setahun).Modal anda hanya RM6,408 setahun.
Bayangkan juga kiraan saya hanya berdasarkan dividen 7%...jika lebih???? Lagi tinggi pulangannya.


*Bayaran bulanan termasuk insurans. (Boleh diperolehi di bank berkaitan)
(Bayaran insurans hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.)

Setakat ni, saya belum jumpa lagi pelaburan yg risiko hampir zero tapi pulangan sangat tinggi. ASB loan adalah peluang yg tidak mungkin saya lepaskan.

Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB. Cuba anda tengok kadar dividen tahun 1997(semasa ekonomi meleset dan kadar BLR naik.....)

Maknanya, untung rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun.Ambil tempoh maksimum 25 tahun untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan.

Anda boleh juga berhenti bila-bila masa (tetapi syarat mesti lebih dari 3 tahun-baru dapat untung)

Saya tolong kirakan:

Contohnya selepas 5 tahun:

Dividen 5 tahun RM31,079 + 100k X 5/25(tahun) = RM 51,079 berbanding jumlah ansuran yang anda bayar adalah RM6,408 X 5 = RM32,040. Dengan kata lain anda mendapat pulangan purata sebanyak 59% setahun

51,079 - 32,040/5tahun = RM3,807setahun

3,807/6,408 X 100% = 59% setahun

Kalau kewangan anda paling teruk pun, anda hanya perlu membayar ansurans pinjaman untuk tahun pertama sahaja...tahun ke2 dan seterusnya anda boleh menggunakan dividen ASB untuk membayar ansuran pinjaman.Tengok jadual di atas..dividen anda setahun RM7,000 tetapi bayaran tahunan hanya RM6,408. Hasilnya selepas 25 tahun, anda mendapat pokok RM100k dengan hanya membayar RM6,408.00 sahaja!!!!!Dengan kata lain anda untung bersih RM93,592 atau purata untung anda adalah 58.4% setahun.

Catatan:
- Maybank menawarkan pinjaman Islamic.
- Sesuaikan jangkamasa tempoh pinjaman dengan umur anda. Jika aturan anda betul, anda akan menikmati masa persaraan yang terjamin. Insyaallah.

SEKIAN, SELAMAT MELABUR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...