19 Mac 2010

NASI KERABU


Bahan-bahan ( sekeluarga makan )
nasi putih

bahan kuah tumis
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji kelapa parut
1 batang serai
cili giling
1 biji cili merah
1-2 ulas asam keping
garam secukup rasa

bahan sambal kelapa
2 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus & ambil isi)
1 biji kelapa parut(digoreng tanpa minyak hingga kuning)
3 ulas bawang merah
sedikit halia
garam secukup rasa

bahan budu
budu
4-5 biji cili padi
limau kasturi @ limau nipis @ lemon

bahan ulam kerabu
5-10 biji kacang panjang
1 biji timun
1/4 biji kubis
1 batang bunga kantan
1 batang serai
1 genggam daun kesum
1 genggam tauge
3 helai daun limau purut muda (jika suka)

lauk (opsyenal)
keropok ikan
telur masin
ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
bawang putih jeruk
solok lada

Cara-cara
1.utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
2.utk sambal kelapa:
ikan kembung direbus ...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan...ikan rebus diambil isinya.Tumbuk halia dan bawang merah. Bila dah lumat..masukkan isi ikan..tumbuk lagi. Gaul ikan bersama kelapa goreng, sedikit garam dan aji. Tumbuk sekejap.
3.utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
4.utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
5.sedia utk dihidangkan
campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kelapa, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera.

Catatan: Kalau tak mahu guna kuah tumis, boleh guna air lada. (tumbuk cili api dan campur dengan cuka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...