01 Julai 2010

MUFFIN COKLAT

Ini adalah hari rajin sedunia...cam tak caya je rasa nak buat muffin...mulanya buat muffin coklat dalam cup besar...ala..nampak tak cantik la pulak..besor bebenor...so tukar ke cup yang lebih kecil sikit...Amacam...ok tak? Yang bawah tu saje combined dua warna...sebenarnya adunan yang sama...hehe





Ini adalah resipi yang diguna:
  1. 140g butter-suhu bilik (saya guna margerin)
  2. 120g gula kastor
  3. 2 biji telur- suhu bilik
  4. 2-3 titik esen vanila
  5. 8 sudu besar susu segar (putih atau coklat)
  6. sedikit serbuk koko
  7. sedikit kismis
  8. badam/choc chip etc untuk hiasan

Cara (guna mixer):

  1. Pukul butter dan gula sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula telur. Pukul sekejap.
  3. Masukkan esen vanila dan susu. Pukul sekejap.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko dan kismis dan kacau guna spatula.
  5. Isikan 3/4 bekas muffin dengan adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit.

Catatan: bole tukar warna atau perisa lain selain serbuk koko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...