08 April 2010

KUEH ASAM GUMPAL

Awal-awal nak mintak maaf kerana saya kidnap gambar dari blog lain. Koleksi saya tak de gambar.

Asam Gumpal ini adalah sejenis kueh yg banyak terdapat di pantai timur..
Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula

Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan

Anda juga boleh tonton video ini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...