29 Oktober 2010

SEGALA MACAM RESIPI ICING

Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.

1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.
Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat.
Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit. 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)

Bahan2nya:
200gm butter 150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM (2)

Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir 600ml air 2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan) Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING
Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku. SELAMAT MENCUBA....!

Di C&P dari sini

10 ulasan:

  1. terima kasih sangat coz sudi share resipi ni.saya memang dari kemarin2 cari resipi ni.

    BalasPadam
  2. mohon copy paste yer br nk jinak jinak main fondant tq

    BalasPadam
  3. Kuenya enak-enak dan mantap bu, tambahan icing sugar menambah lengkap rasa manisnya. Terimakasih sudah sharing ...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kerana sudi bagi resepi ...sy memang berminat dlm membuat kek..

    BalasPadam
  5. Resepi tebaik utk yg baru bljr..teeima kasih..

    BalasPadam
  6. tq tmbh ilmu sy dlm hiasan atau deco kek..smga dimurahkan rezeki,dipnjgkan umo dan khidupan diberkati..Aaminn ya rabbi

    BalasPadam
  7. terima kasih byk2 atas perkongsian ilmu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...