24 Julai 2010

ANUGERAH 1 (PAHANG 2006)

Gambar2 ini waktu suamiku mendapat anugerah. Saja masukkan di sini sebagai kenangan. Manalah tahu gambar original hilang.

Penerimaan Pingat Khidmat Cemerlang (P.K.C) daripada D.Y.M.M Sultan Pahang Darul Makmur pada tahun 24 Oktober 2006.









KOLEKSI RESIPI

Hari raya bakal menjelang. Sebagai persediaan, di sini ada beberapa resipi yang agak simple sempat saya masukkan. Insyaallah akan di update dari semasa ke semasa. Jomlah kita sama-sama membuat sendiri biskut raya tahun ni...tak payah lagi tunjuk-tunjuk...

BISKUT RAYA

BISKUT COCONUT CORNFLAKES BADAM

CORNFLAKE MADU BERBADAM

CHOCOLATE ALMOND CRUNCHIES

BISKUT SARANG BURUNG

BISKUT SARANG SEMUT

BISKUT DAHLIA 1

BISKUT DAHLIA 2

BISKUT COKLAT PEANUT BUTTER

BISKUT COKLAT RICE

TART BLUEBERRY

BISKUT ALMOND HAZEL

BISKUT GAJUS

BISKUT COKLAT CHIP

BISKUT CHOCOLATE CHIP RANGUP

BISKUT NESTUM KISMIS

BISKUT MAZOLA

BISKUT CORNFLAKES

BISKUT MAKMUR SUSU

BISKUT MAMA CARRIES

BISKUT CHOCOLATE OAT CRISPY

BISKUT PANDAN KLASIK

BISKUT CONFLAKES PERMATA

BISKUT SAMPERIT

BISKUT ROSET COKLAT SWITZERLAND

LAIN2 JENIS BISKUT RAYA

CUPCAKE

FRUIT CUPCAKE

CHOCOLATE PEANUT BUTTER CUPCAKES

BROWNIES



MUFFIN

PETUA MEMBUAT MUFFIN

CHOCOLATE RICE BANANA MUFFIN

CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFIN

CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

CHOCOLATE CHIPS BANANA MUFFIN

GOLDEN VANILLA MUFFIN

BANANA NUTTELA MUFFIN

KEK

CHEESE KEK


LAIN-LAIN RESIPI

MAKARONI BAKAR

AGAR-AGAR MARBLE

SOM TAM

PUFF JEJARI BADAM



19 Julai 2010

HARI SUKAN SMSS

17 Julai 2010, Sekolah Menengah Sains Selangor mengadakan Hari Sukan. Anakku Arshad beriya-iya menyuruh kami pergi ke sekolahnya pada hari itu kerana acara dijalankan di padang sekolahnya. Malam sebelumnya hujan turun dengan lebat, dan aku dapat melihat ada lopak2 air di tengah padang. Kesian budak2 perbarisan tu terpaksa berkawat tengah becak....habis la kasut kulit hitam yang mereka pakai tu. Agaknya...mak bapak dia orang kena beli kasut lain la pas tu...hehehe....

Tetamu kehormat Encik Jamaluddin bin Abdullah, Timbalan Pengarah JPWP menyingsing kaki seluar untuk acara 'check barisan' .......hehehe....




16 Julai 2010

Suami dan anak2 Tersayang....

Baru belajar edit gambar... saja nak bagi nampak fancy sikit. Kira ok la ni kan... Ini adalah suami dan anak2ku yang tersayang...Moga sentiasa ceria dan bahagia.. Jika anda juga berminat boleh layari laman web ini.


Untuk suamiku yang tercinta.....

Thank You for being a great husband
Thank You for always take care of me
Thank You for your kindness
Thank You for your love
Thank You for your money
Thank You for EVERYTHING


I LOVE YOU ABANG....

Buat anak-anakku yang tersayang...

Jadilah anak-anak yang BERJAYA di dunia dan akhirat. Dan ingatlah umi sentiasa sayangkan anak2 umi.

08 Julai 2010

TEMPAHAN COKLAT UNTUK HARI RAYA 2010


Jeng..jeng..jeng...

Tempahan homemade coklat untuk hari raya kini dibuka... Packing adalah seperti di bawah.....
1 bekas 50 biji..harga Promosi Hari Raya hanya RM30.00 sahaja. Inti dalam adalah sebiji roasted almond. Kepada yang berminat...bolehlah hubungi/sms saya di 013-3998909 atau emel
mazinahat@yahoo.com. Maklumat lanjut boleh diperolehi di
http://www.resipicoklat.blogspot.com/




01 Julai 2010

Balik Kampung

Ini entry tertangguh. Al maklum banyak keja... Ini adalah gambar2 masa kami sekeluarga balik kampung.
Makan kat luar tu...bukan apa..dapur tak muat..ramai..hehehe

kah kah kah... Farhan menangis..tak malu...

Ini suasana kat rumah sebelah suami...





Sempat gi La Hot Spring 2 kali..hehe....jangan mare....






Ini versi tido dalam iman ke? senyum semacam je..hehe

MUFFIN COKLAT

Ini adalah hari rajin sedunia...cam tak caya je rasa nak buat muffin...mulanya buat muffin coklat dalam cup besar...ala..nampak tak cantik la pulak..besor bebenor...so tukar ke cup yang lebih kecil sikit...Amacam...ok tak? Yang bawah tu saje combined dua warna...sebenarnya adunan yang sama...hehe





Ini adalah resipi yang diguna:
  1. 140g butter-suhu bilik (saya guna margerin)
  2. 120g gula kastor
  3. 2 biji telur- suhu bilik
  4. 2-3 titik esen vanila
  5. 8 sudu besar susu segar (putih atau coklat)
  6. sedikit serbuk koko
  7. sedikit kismis
  8. badam/choc chip etc untuk hiasan

Cara (guna mixer):

  1. Pukul butter dan gula sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula telur. Pukul sekejap.
  3. Masukkan esen vanila dan susu. Pukul sekejap.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko dan kismis dan kacau guna spatula.
  5. Isikan 3/4 bekas muffin dengan adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit.

Catatan: bole tukar warna atau perisa lain selain serbuk koko.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...