01 Julai 2010

MUFFIN COKLAT

Ini adalah hari rajin sedunia...cam tak caya je rasa nak buat muffin...mulanya buat muffin coklat dalam cup besar...ala..nampak tak cantik la pulak..besor bebenor...so tukar ke cup yang lebih kecil sikit...Amacam...ok tak? Yang bawah tu saje combined dua warna...sebenarnya adunan yang sama...hehe





Ini adalah resipi yang diguna:
  1. 140g butter-suhu bilik (saya guna margerin)
  2. 120g gula kastor
  3. 2 biji telur- suhu bilik
  4. 2-3 titik esen vanila
  5. 8 sudu besar susu segar (putih atau coklat)
  6. sedikit serbuk koko
  7. sedikit kismis
  8. badam/choc chip etc untuk hiasan

Cara (guna mixer):

  1. Pukul butter dan gula sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula telur. Pukul sekejap.
  3. Masukkan esen vanila dan susu. Pukul sekejap.
  4. Masukkan tepung, serbuk koko dan kismis dan kacau guna spatula.
  5. Isikan 3/4 bekas muffin dengan adunan tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit.

Catatan: bole tukar warna atau perisa lain selain serbuk koko.

29 Jun 2010

BUTTER CREAM KEK

Teringin nak cuba buat butter cream...tapi masih belum ada masa..nanti lah.. di sini aku dah C&P beberapa resipi untuk buat buttercream...untuk rujukan aku.

ICING

KRIMWELL ICING

Dari segi ketahanan di suhu panas, kira ok. Tak pernah menghampakan.

BAHAN-BAHAN:
400g krimwell
100g shortening
2 sudu besar liquid glucose
gula icing

CARA-CARA:
1. Adunkan krimwell, shortening & liquid glucose sehingga sebati
2. Akhir sekali masukkan gula icing mengikut kepekatan dan kemanisan yang dikehendaki.

Resipi asal di sini.

BUTTER ICING(menghasilkan 600g butter icing)

BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki.

Resipi asal di sini.

BUTTER CREAM ICING

Resipi Butter Cream 1

Bahan A:
250gm mentega
300gm krimwell

Bahan B:200gm sugar syrup

Cara:
1. Pukul butter dgn kelajuan tinggi sehingga gebu & ringan
2. Masukkan krimwell & pukul hingga naik
3. Masukkan gula syrup sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata & habis
(Sugar syrup : 200gm gula + 100ml air dimasak selama 20 min)

Resipi Butter Cream 2 (telah diubahsuai dari resipi 1)

Bahan:
500g krimwell
250g mentega
1/2 tin susu pekat
1/2 cwn gula aising

Cara:
1. Pukul krimwell + mentega pada kelajuan tinggi hingga kembang & ringan2. Masukkan susu pekat & gula aising, pukul pada kelajuan rendah hingga sebati

Resipi asal di sini


SWISS MERINGUE BUTTER CREAM

Bahan
4 putih telur (besar)
1 1/4- 1 1/2 cwn gula castor
1 cwn - 2 cwn butter (250g) <--depends pd tekak korang, nk letak lebiy pun ok 2 tsp vanila Cara masukkan gula dlm putih telur. naikkan atas double boiler. kalo ader candy thermometer, panaskan sampai 160 degree. kalo xder, didih sampai gula hancur (lbh kurang 7 minit). kena kacau selalu ngan whisk. angkat dr double boiler, pukul sampai jadik meringue atau sampai bwh mangkuk tu xpanas dah masukkan butter sket demi sdikit. pukul sampai kental.last, masuk vanilla. Nak gtau, dlm step 3, pas masuk butter tu..nnt adunan mcm cair semacam jek. jgn risau. trus pukul. kalau guna mixer besar, guna paddle attachment (putar dalam 20-25 minit) Catatan: Tidak memuakkan Resipi asal di sini.


BUTTER CREAM

Bahan
500 gm krimwell
250 gm butter
300 gm gula ising(diayak 3 x)
120 gm shortening
1 camB vanila
230 gm suger syrup


Cara:
sebelum membuat cream, anda hendaklah membuat sugar syrup dahulu. caranya: 900gm gula pasir +400 gm air + sebelah limau nipis. caranya:masak hingga mendidih, kemudian tapis. biarkan sejuk dahulu.

satukan krimwell, butter, gula ising, shortening dan vanila...pukul hingga kembang dan putih. kemudian masukkan sugar syrup pukul lagi hingga gebu dan putih.

Resipi asal di sini.

09 Jun 2010

Re-union MGS 9 Jun 2010

Dapat panggilan telefon dari Srrifa Salwa...ajak join makan2. Apalagi..aku ok je...pasal makan ni jangan tolak...tambah lagi time cuti...inilah masa nak jumpa kekawan...ye tak...Alaa...bukan gi jauh pun...kat Maju Juntion Mall aje...Kak Mariani, Faizah, Srrifa Salwa, Salina,Kak Roziah, Zaidah dan anaknya Ain....





07 Jun 2010

EIJA - Dalam Kenangan

Hari ni kami (Aku, Eija dan Dilla) gi sekolah utk key in markah. Lepas tu kami sama2 gi makan tengahari kat kawasan rumah Ayu- Desa Tasik (Aiseyman...Ayu tak de-balik kampung). Apa2 pun aku ucapkan selamat bekerja di tempat baru (P.Pinang)kepada Eija...semoga bahagia selalu. Jangan lupa kami di SMKTC ye...


PANTAI BAGAN LALANG

Ini adalah kali kedua kami ke Pantai Bagan Lalang. Bukan nak beli ikan tetapi saje pegi nak makan ikan bakar kat Restoran Terapung. Punyalah simpan perut untuk menghayati ikan bakar hinggakan tak makan tengahari. Jangkaan kami sekitar pukul 5 kami akan makan malam merangkap tengahari. hehehe. Sampai agak awal(dlm kul 4)...so kami lepak-lepak kat Tembok Batu tepi pantai dulu. Tunggu punya tunggu..restoran terapung tak buka-buka. Camna ni? perut dah keroncong lapar..rupanya restoran tu buka pukul 6 ptg. Dah tak tahan lapar..kami pun pegi la ke restoran lain yang tak kurang sedapnya...





25 Mei 2010

Ikan Berempah Bakar

Hari ini jom kita masak ikan bakar berempah..

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan (terpulang tp ikan berlemak lebih baik)
7 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bwg besar (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
sedikit belacan
1.4 cwn pati air asam jawa
Serai
Garam
Kunyit
Ajinamoto
sedikit gula

Cara:
1. Tumis bahan kisar.
2. Apabila cili sudah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
3. Kecilkan api dan biarkan sehingga pekat.
4. letakkan ikan di atas kertas foil dan curahkan bahan tumis.
5. Taburkan hirisan sayuran dan hirisan bawang (jika suka)
6. Tutup ikan dgn sekeping lg kertas foil dan pastikan air curahan tidak tertumpah.
7. Letakkan ikan td di atas kuali dan bakar sehingga ikan masak (bole letakkan sedikit minyak di atas kuali jika mahu).
SELAMAT MENCUBA

23 Mei 2010

Pendaftaran Bariah ke UIA Petaling Jaya

21 Mei 2010 adalah hari pendaftaran untuk anak saudaraku Bariah..masuk ke Asasi Sains, UIA....hasil keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM. Aku dan suami, ibubapanya, adikku Za dan keluarga dan turut bersama menghantarnya adalah ibubapaku...TAHNIAH DIUCAPKAN......
Ini adalah sesi menunggu nombor dipanggil..cuaca panas betoi..akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu...nombor pun dipanggil..tp hanya anak saudaraku seorang saja yang bole masuk..


Sambil menunggu..sempat lagi budak2 ni posing....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...