29 Oktober 2010

CARA MEMBUAT FONDANT KEK

FONDANT

Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan


Cara-cara


1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.

9. Akhir sekali proses membentuk doh.

Resipi asal di sini.



Langkah demi langkah membuat Fondant...


Gliserin, Glukos & Shortening disatukan (seeloknya menggunakan stainless bowl ya)


Gelatin & air - direndam - (boleh dapatkan gelatin di sini)

Gunakan Pemukul Mata Kail (ini istilah saya ya) @ hook, Gula icing di ayak dan dimasukkan dalam mixing bowl seperti di atas.

Campuran Gelatin & air tadi, dimasak menggunakan kaedah "double boiled" hingga cair gelatin tersebut.

Setelah cair gelatin, masukkan ke dalam bekas yang kita tempatkan campuran gliserin, shortening & glucose. Gaul hingga sebati

Kemudiaan masukkan kedalam gula icing tadi.

Pukul adunan sehingga menjadi seperti di atas ya. Setelah semua gula icing tidak kelihatan, keluarkan dari mixing bowl

Taburkan Gula Icing seperti ini.

Uli Fondant menggunakan gula icing sehingga tidak melekit. Adun Fondant ini satu hari sebelum menggunakan seperti membalut kek, mewarna fondant, membentuk bunga dan sebagainya.

Gambar2 di perolehi di sini

8 ulasan:

  1. salam...
    akak,resepi kita sama lak.mmg saya dah 2 kali wat guna resepi mcm ni,mmg cantik.tapi kenapa yg ketiga saya wat bila dibiarkan utk keras dan kering jadi berair dan makin lembik...semua bunga2 saya layu..nape ye kak.mungkin sbb hujan ke?sbb kat sini mmg hujan sampai dah dua tiga hari..

    BalasPadam
  2. Entah la. Akak pun tak pasti. Mungkin belum betul2 kering tak?

    BalasPadam
  3. kat mane nak cari gliserin??huhu saya nak cube buat

    BalasPadam
  4. Akak nak beli fondant yg da siap ada??

    BalasPadam
  5. Nk try buat...boleh x akak gambar smua bahan² nya...supaya sya senang nk beli..biasa lh kn klau lelaki ni bab barang..mmng ssah sikit..hehehe

    BalasPadam
  6. gula icing tue boleh dikurangkan ke kuantitinya utk jdikan fondant kurang manis?

    BalasPadam
  7. Nak tanya..fondant yg sy bt mcm bpasir(gula tdak brapa hancur?..mungkin dsebabkan gula aising yg salah taupun ada bnyk jenis gula aising?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...