10 Mac 2010

BUBUR AYAM



Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
sedikit pati ayam
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah


Cara:
Halia, bawang merah dan bawang putih di campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi.

Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati.

Masukkan air,pati ayam dan didihkan sehingga separuh masak.

Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.

Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)

Bubur sedia dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Untuk 2 atau 3 hidangan
Tambahan:
Enak di hidangkan dengan telur masin.
Jika mahu pedas taburkan serbuk cili di atas hidangan. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...