29 Oktober 2010

SEGALA MACAM RESIPI ICING

Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.

1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.
Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat.
Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit. 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)

Bahan2nya:
200gm butter 150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM (2)

Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir 600ml air 2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan) Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING
Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku. SELAMAT MENCUBA....!

Di C&P dari sini

CARA MEMBUAT FONDANT KEK

FONDANT

Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan


Cara-cara


1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.

9. Akhir sekali proses membentuk doh.

Resipi asal di sini.



Langkah demi langkah membuat Fondant...


Gliserin, Glukos & Shortening disatukan (seeloknya menggunakan stainless bowl ya)


Gelatin & air - direndam - (boleh dapatkan gelatin di sini)

Gunakan Pemukul Mata Kail (ini istilah saya ya) @ hook, Gula icing di ayak dan dimasukkan dalam mixing bowl seperti di atas.

Campuran Gelatin & air tadi, dimasak menggunakan kaedah "double boiled" hingga cair gelatin tersebut.

Setelah cair gelatin, masukkan ke dalam bekas yang kita tempatkan campuran gliserin, shortening & glucose. Gaul hingga sebati

Kemudiaan masukkan kedalam gula icing tadi.

Pukul adunan sehingga menjadi seperti di atas ya. Setelah semua gula icing tidak kelihatan, keluarkan dari mixing bowl

Taburkan Gula Icing seperti ini.

Uli Fondant menggunakan gula icing sehingga tidak melekit. Adun Fondant ini satu hari sebelum menggunakan seperti membalut kek, mewarna fondant, membentuk bunga dan sebagainya.

Gambar2 di perolehi di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...