21 Disember 2010

HARI-HARI YANG SUGUL.........

16 Disember 2010 (Khamis)

Lebih kurang 1.30 petang aku mendapat berita yang mengatakan sepupuku, Bahaman mati lemas. Terkejut + buntu kerana aku baru aje lepas ambik soalan SPM dgn En Ravi kat bilik kebal.Macam mana ni? Jarak Kuala Lumpur dgn Terengganu bukannya dekat. Lalu aku beritahu kepada En. Ravi dan dia memberikan kebenaran untuk aku balik.Terima kasih...

Selepas bersiap-siap, aku sekeluarga pun bertolak balik ke Terengganu lebih kurang pukul 3 petang.Bersiap tergesa-gesa..banyak barang yang tertinggal...anyway tak ape la..tambahan lagi mungkin balik sehari dua aje..Kami sampai di Besut, Terengganu pukul 11 malam dan terus ke rumah bapa saudaraku. Saudara-mara kat sana masih ramai. Dari ceritanya...dia mati lemas semasa mandi laut di Dungun (masa tu dia ikut program agama).

Al- Fatihah kepada arwah..


Apa yang menyedihkan dan mungkin sukar diterima oleh keluarganya..kerana 3 tahun yang lepas adik kepada arwah juga meninggal dunia dengan cara yang sama..lemas..dan juga pada waktu yang sama..bulan haji....Dibawah ini adalah gambar + berita 3 tahun lepas.


17 Disember 2010(Jumaat)

Arwah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11 pagi......bersebelahan dengan kubur arwah adiknya (kebetulan masih kosong). Bila aku tengok surat khabar hari ni..ada berita mengenai kematiannya....




18 Disember 2010 (Sabtu)
Lebih kurang pukul 11 pagi semasa dok bersembang dengan ibubapaku...ayahku mendapat panggilan telefon yang mengatakan Ayah Chik(bapa arwah) tidak sedarkan diri. Ya Allah..bertimpa-timpa musibahnya.. Dia dihantar ke Hospital Jertih. Hampir 3 jam dia di situ..ramai saudara mara yang menunggu termasuklah aku dan keluarga. Dia kemudianya dihantar ke Hospital Kota Bharu....
Allah Maha Berkuasa....Ayah Chik meninggal dunia lebih kurang pukul 8.20 malam. Kata doktor...dah tak boleh buat apa kerana tiub salur darah ke jantungnya dah pecah (dia memang ada masalah jantung sebelum ini). Innalillah... Hanya selang sehari selepas anaknya... Allah Hu Akbar....Dia juga disemadikan bersebelahan kubur arwah anak-anaknya.
Ini adalah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan semasa Hari Raya Aidilfitri 2010 dan Hari Raya Aidiladha yang lalu...kami selalu berkumpul ramai-ramai begini...
Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat..Amin..

















Ini adalah isterinya... (gambar diambil semasa hari raya..)

13 Disember 2010

Masalah sosial resahkan ibu bapa

SETIAP ibu bapa dan guru menghadapi cabaran dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa menghadapi cabaran semasa anak-anak berada di rumah pada Sabtu dan Ahad serta pada masa cuti sekolah. Manakala guru menghadapi masalah dalam pendidikan ketika murid atau pelajar berada di sekolah.
Cabaran gejala sosial di luar sangat membimbangkan malah menakutkan semua ibu bapa dan guru.
Begitu juga pemimpin masyarakat yang berperanan membanteras gejala sosial. Pelbagai berita yang memaparkan gejala sosial di kalangan remaja meresahkan ibu bapa ahli masyarakat. Jika membaca apa yang disajikan Harian Metro, keadaannya sungguh menakutkan. Antaranya pada 10 November lalu memaparkan, “Remaja 16 tahun mengaku bersetubuh”, “Lari berbogel; lelaki masuk semak ketika diserbu bersama pasangan dalam kereta”, “Pelajar tingkatan 4 lahirkan anak” dan “Remaja lari rumah dicekup berkesedudukan, tak endah teguran ibu bapa”.

Tajuk berita itu seharusnya menjadi renungan setiap ibu bapa, pemimpin masyarakat dan guru. Jika tidak ia mungkin akan menimpa anak-anak kita jika tidak dipantau sebaik-baiknya.

Mendidik anak pada masa kini semakin menjadi sukar kerana dunia akhir zaman penuh cabaran dan dugaan. Cabaran globalisasi yang melanda dunia ketika ini, tempiasnya telah sampai ke negara kita. Pendedahan maklumat yang dapat dicapai dengan sekelip mata akan menggugat keimanan jika tiada asuhan dan didikan yang kuat dalam keagamaan. Selain didikan, pemantauan, kasih sayang mestilah diberikan kepada anak-anak. Kajian juga mendapati hampir 80 peratus anak-anak bukan saja dapat melayari Internet, malah mereka mempunyai pelbagai kemudahan seperti facebook, twitter dan laman sosial lain untuk berhubungan manakala hanya 20 peratus untuk belajar. Mereka ini akhirnya terpengaruh dengan pujukan teman lelaki tanpa pengetahuan ibu bapa. Begitu juga kemudahan telefon bimbit disalahgunakan oleh sesetengah remaja. Melalui telefon bimbit juga mereka mudah diajak keluar oleh pasangan masing-masing yang akhirnya mereka terjebak ke kancah maksiat. Kajian didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui laman sosial facebook rasminya hampir 50 peratus daripada individu terbabit ialah remaja perempuan belasan tahun. Keadaan ini seharusnya membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak gadis atau anak perempuan yang meningkat remaja.

Jika ditinjau remaja perempuan belasan tahun adalah dalam kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima yang seharusnya menumpukan kepada pelajaran sebagai fokus utama mereka. Bilangan gadis remaja tempatan yang lesap dari rumah seharusnya membimbangkan semua pihak. Ini berikutan perangkaan polis mendapati golongan usia terbabit adalah penyumbang terbesar kepada kes kehilangan orang di negara ini sejak beberapa tahun lalu. Mengikut laporan PDRM dalam tempoh Jun hingga September tahun ini saja, enam remaja perempuan dari beberapa negeri termasuk Sabah dan Sarawak dilaporkan hilang. Dalam usaha ini, PDRM telah memaparkan gambar individu yang dilaporkan hilang di laman sosial facebook rasminya dalam usaha mengesan individu terbabit dengan bantuan orang ramai. Laman berkenaan mendedahkan seramai 17 individu kebanyakannya remaja berusia lingkungan 14 hingga 17 tahun dilaporkan hilang. Mereka ini kebanyakannya dalam tingkatan dua hingga lima. Mereka seharusnya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sama ada di rumah atau di sekolah. Peranan ibu bapa masa kini mestilah lebih cekap, pantas dan bijak daripada anak-anak, juga lebih pantas daripada kecanggihan teknologi serta sentiasa memantau pergerakan dan pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam masalah sosial yang dahsyat. Ibu bapa seharusnya mengetahui dengan siapa anak-anak mereka belajar dan berkawan. Alasan yang selalu digunakan oleh anak-anak di bangku sekolah ialah “belajar bersama kawan-kawan”. Selain itu, ibu bapa sentiasalah mendampingi anak-anak, didik mereka dengan nasihat.
Penerapan keimanan yang berterusan kepada anak-anak akan dapat mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai gejala sosial daripada godaan dan hasutan syaitan. Keimanan yang paling afdal adalah apabila seseorang itu mengetahui bahawa Allah selalu melihatnya di mana saja dia berada. Justeru, al-Quran sebagai petunjuk jalan yang lurus. Ia merupakan satu-satunya kitab suci daripada Allah yang diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk ke jalan lurus dan mengelakkan pelbagai gejala sosial bagi orang yang beriman dan bertakwa. Umat Islam digalakkan sentiasa bertakwa dan memiliki akhlak yang terpuji pada setiap masa. Firman Allah yang bermaksud: “Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang bertakwa.” (Al-Baqarah:2). Sistem akhlak dan sosial manusia khususnya umat Islam mestilah berlandaskan agama, akal, jiwa, harta dan keturunan. Pendidikan yang seimbang dalam bidang ini akan dapat menjadi benteng yang kukuh ke arah keimanan. Melalui pendidikan juga menjadi benteng kepada segala gejala sosial sehingga ke akhir zaman. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Dan bergaul dengan manusia dengan akhlak terpuji.” (Riwayat At-Tirmidzi). Hadis ini memerintahkan kita umat Islam supaya bertakwa kepada Allah dengan mengerjakan perbuatan yang baik dan terpuji yang boleh menghapuskan perbuatan tercela yang telah kita kerjakan. Anjuran supaya berakhlak baik dan mulia, disebabkan akhlak tersebut adalah antara sifat-sifat orang bertakwa. Sesungguhnya, gejala sosial dan keruntuhan akhlak dapat dipulihkan melalui pendidikan yang berteraskan keimanan dan ketakwaan. Pendidikan menjadi teras kepada pembentukan sesebuah masyarakat dan negara. Melihat pentingnya pendidikan, usaha bimbingan dan kaunseling Islam seharusnya dilakukan terhadap remaja yang terlibat dalam pelbagai gejala sosial dalam masyarakat bagi pemulihan akhlak dalam kehidupan.
Rujukan asal di sini.

Saya sendiri adalah seorang ibu dan guru. Dan saya sendiri merasa sangat susah untuk mendidik anak2 remaja saya supaya mereka faham apa yang kita inginkan. Apa yang saya nampak..mereka lebih cenderung untuk menjalani kehidupan bebas tanpa kawalan ..tambahan lagi jika ada di kalangan kawan2 nya yang memang tidak dikawal ibubapa. Mereka merasa spt..kenapa dia tak boleh? kenapa kawan2 lain boleh? mengapa...? kenapa..? Kadang-kala saya rasakan saya seolah-olah gagal dalam mendidik anak2. Betulkah? Berilah saya kekuatan untuk terus berjuang..demi masa depan mereka..

04 Disember 2010

Hilangkan Kotoran Pada Kulit Kerang


Ambil segenggam garam kasar, masukkan ke dalam bekas. Kemudian potong lebih kurang 3cm pelepah pisang dan gunakan ia untuk menggosok kulit kerang tersebut. Hasilnya dapat dilihat dalam masa 2 minit.


Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010

Ini adalah entry tertunda. Pada hari raya Aidiladha yang lepas, ibubapaku menyembelih seekor lembu sebagai 'korban'. Begitu juga sebelah keluarga mertua. Malangnya disebabkan tempoh raya yang singkat..aku dan suami terpaksa berpecah..aku kat rumah keluargaku dan suami kat rumah keluarganya..hehe (Sib baik jarak antara kedua buah rumah hanya 1 jam perjalanan."berkorban apa saje...baca dengan versi lagu....)

Ini adalah gambar2 sekitar majlis tersebut...di pihak mertua..tiada gambar coz suamiku tak 'menangkapnya'...
Hampir kesemua daging tersebut dimasak kerana ibuku nak menjamu tetamu, sanak-saudara, jiran tetangga dan sebagainya.











Che Su pun rajin kacau gulai dagingkawah..kelassss gitu....

Haaaa...ni pulak ayahanda tersayang..... api kasi besar supaya cepat masak gulainya....



Tetamu silalah bekerja..pihak tuan rumah nak bersantai dulu..hehe..

Hek eleh....cam BOSS lak budak kat tepi nih...kakaka...




Yang ni pulak...daging goreng....BEST ni...macam-macam campuran ada..hati, limpa, jantung, daging dan taraaaa lemak..(my best part..)

03 Disember 2010

AYAM PERCIK

AYAM PERCIK (Versi Besut, Terengganu)

Bahan-bahan ( Hidangan satu keluarga )

1 ekor ayam yang dipotong 4
1 1/2 cawan santan pekat
sedikit air asam jawa
10 biji cili kering
2 biji bawang putih
4 ulas bawang merah
2 cm halia
2-3 batang serai (hiris halus)
belacan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Bersihkan ayam dan perap dengan garam dan kunyit. Ketepikan.




2. Masukkan santan dalam bekas…saya gunakan kuali. Gaul santan dengan air asam jawa.


3. Blend cili, bawang putih, bawang merah, belacan dan halia. (Gunakan sedikit santan tadi)


4. Masukkan barang blend ke dalam bekas yang mengandungi santan tadi. Perasakan dengan garam, gula dan aji(opsyenal). Bole rasa.(pastikan cukup rasa masin, manis dan masam)





5. Celupkan ayam ke dalam kuah. Bakar hingga masak







6. Bila ayam dah masak, keluarkan dari pembakar dan celup lagi dalam kuah. Bakar semula. Ulang sebanyak 2 kali.



Inilah pembakar yang saya guna. Kalu bakar guna arang lagi sedap.





7. Taraaa…dah siap.


P/s: Baki kuah (jika ada) boleh la masak atlas dapur dgn api sederhana dan letakkan ditepi hidangan ayam.

29 Oktober 2010

SEGALA MACAM RESIPI ICING

Di sini saya nak kongsikan resepi fondant/ sugar paste, royal icing, butter cream dan cream cheese icing. Bagi orang yang baru nak belajar bolehlah cuba resepi2 ini..

FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.

1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.
Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat.
Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.

ROYAL ICING

Kita gunakan royal icing untuk piping. Selepas piping, jika dibiarkan dalam 1 jam dia akan jadi keras.Oleh itu ianya tidak tahan disimpan lama. Bancuh royal icing ini semasa kita hendak menggunakannya sahaja

BAHAN2NYA:
Bahan A
280-300gm gula icing yang telah di ayak.

Bahan B
1 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon

Cara2nya:
1. Campurkan bahan B dan pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana lebih kurang 2 minit. 2. Tambahkan Bahan A sedikit demi sedikit dan pukul dengan mixer hingga adunan nampak cantik. Kepekatan icing ini bergantung pada jenis nozzle yang kita hendak gunakan. Sekiranya kita menggunakan nozzle yang halus, cairkanlah sedikit icing tersebut dengan mengurangkan jumlah gula icing yang digunakan.
Jika hendak pekat maka lebihkanlah gula icing. Doh tersebut telah sedia untuk digunakan. Terpulanglah pada kita untuk membahagikan mengikut warna yang dikehendaki.Cara mewarnakan: Tambah setitik dua warna yang kita kehendaki dan kacau dengan sudu atau spatula hingga warna menjadi sekata. Jangan dedahkan royal icing pada udara jika tidak digunakan. Nanti ia menjadi keras.

BUTTER CREAM (1)

Bahan2nya:
200gm butter 150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

BUTTER CREAM (2)

Bahan-bahannya:
600gm butter
400gm krimwell
500 gm syrup

Cara2 membuat syrup:
1 kg gula pasir 600ml air 2 slice lemon ( tidak perlu diperahkan) Campurkan gula,air dan lemon dan masakkan hinnga mendidih. Biarkan sejuk dan sukatlah untuk 500gm syrup.

Cara2 Membuat Butter Cream:
Pukul butter dan krimwell hingga kembang dan masukkan syrup sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga kembang dan gebu.

CREAM CHEESE ICING
Bahan2nya:
200gm cheese Cream
100gm butter
80 gm icing sugar
1/2 sudu makan jus lemon

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga kembang dan gebu. Siap sedia untuk digunakan.


CHOCOLATE PIPING
Kalau kita hendak menggunakan coklat untuk mendeco cake kita dengan cara piping bolehlah gunakan resepi ini. Coklat ini tahan disimpan sebulan di luar peti ais.

Bahan2nya:
200gm cooking chocolate
60 gm cooking oil

Cara-caranya:
Cairkan chocolate dengan cara double boil. Selepas coklat cair campurkan minyak dan kacau hingga sebati. Simpan dalam bekas bertutup. Coklat ini akan menjadi likat tetapi dia tidak akan menjadi beku. SELAMAT MENCUBA....!

Di C&P dari sini

CARA MEMBUAT FONDANT KEK

FONDANT

Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

63 ml air
1 sudu besar gelatin halal ( guna Halalgel)
125 ml sirap glucose
1 1/2 sudu besar gliserin
2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 kg gula aising (Ayak dulu)
Pewarna pilihan


Cara-cara


1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.

2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.

3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.

4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.

5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.

6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)

7. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.

9. Akhir sekali proses membentuk doh.

Resipi asal di sini.



Langkah demi langkah membuat Fondant...


Gliserin, Glukos & Shortening disatukan (seeloknya menggunakan stainless bowl ya)


Gelatin & air - direndam - (boleh dapatkan gelatin di sini)

Gunakan Pemukul Mata Kail (ini istilah saya ya) @ hook, Gula icing di ayak dan dimasukkan dalam mixing bowl seperti di atas.

Campuran Gelatin & air tadi, dimasak menggunakan kaedah "double boiled" hingga cair gelatin tersebut.

Setelah cair gelatin, masukkan ke dalam bekas yang kita tempatkan campuran gliserin, shortening & glucose. Gaul hingga sebati

Kemudiaan masukkan kedalam gula icing tadi.

Pukul adunan sehingga menjadi seperti di atas ya. Setelah semua gula icing tidak kelihatan, keluarkan dari mixing bowl

Taburkan Gula Icing seperti ini.

Uli Fondant menggunakan gula icing sehingga tidak melekit. Adun Fondant ini satu hari sebelum menggunakan seperti membalut kek, mewarna fondant, membentuk bunga dan sebagainya.

Gambar2 di perolehi di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...