Anda rasa kecewa?Jangan kecewa kerana selain bank Rakyat ada lagi bank lain yang menawarkan pulangan yang agak lumayan iaitu Bank Persatuan..Kadar keuntungan yang diberikan ke atas syer keanggotaan secara puratanya adalah 10% setahun. Di bawah ini adalah logonya. Ianya berpusat di Pulau Pinang...tetapi sekarang sudah ada banyak cawangan....Shah Alam dan sekitar Kg Baru Kuala Lumpur. Cumanya syarat tahun ini..hanya boleh melabur sebanyak RM2000 sahaja. Tahun lepas kalau tak silap saya..RM10,000 seorang. Adakah sudah hampir masa hendak tutup macam Bank Rakyat? Entah la...cepat-cepat lah anda ambil peluang ini. Dan ajaklah suami isteri, adik-beradik, saudara mara. Ada kepentingan untuk saya? Tiada...saya cuma berkongsi info..
Syer Keanggotaan Bank Persatuan
Keanggotaan Individu
Keanggotaan individu ( perseorangan ) Bank Persatuan adalah terbuka kepada bumiputera melayu warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan bukan seorang yang terhadapnya masih berkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum di lepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Bayaran minimum syer menjadi anggota individu ialah sebanyak RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja) atau 50 unit (RM 10.00 seunit)
Had maksimum pelaburan bagi anggota individu adalah sebanyak RM 2,000.00 berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011.
Semua anggota individu telah diwajibkan menyertai Skim Takaful Tabarru' dengan sumbangan RM 25.00 setahun disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)
Keanggotaan Koperasi
Keanggotaan Bank Persatuan juga dibuka kepada semua pertubuhan koperasi di negara ini yang memenuhi syarat keanggotaan koperasi berkenaan hendaklah terdiri daripada tidak lebih 10% bukan bumiputera melayu warganegara Malaysia dan sebuah pertubuhan koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Bayaran minimum syer untuk menjadi anggota kepada sebuah pertubuhan koperasi adalah di tetapkan sebanyak RM 3000.00 (Ringgit: Tiga Ribu sahaja) atau 300 unit (RM 10.00 seunit)
Had maksimum pelaburan bagi anggota koperasi adalah sebanyak RM 20,000.00 berkuatkuasa mulai 1 januari 2011.
Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang permohonan keanggotaan rasmi dengan disertakan bayaran fee sebanyak RM 20.00 ( Ringgit: Dua Puluh sahaja)
Had Maksimum Tambahan Pelaburan Syer Keanggotaan
Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-
1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia AdaAnggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-
i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00
Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.
2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru
Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-
i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00
Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan
Aturan Aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuarat pada 19 Januari 2009 telah bersetuju untuk mewujudkan "Aturan-aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota". Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Khas Bank Persatuan pada 15 Ogos 2009 lalu.
Tujuan Aturan-aturan Pengeluaran Sebahagian Syer Anggota ini diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan kepada anggota-anggota Bank Persatuan yang memerlukan sumber kewangan.
1.0 Syarat Dan Kelayakan
1.1 Setiap anggota individu dan koperasi yang telah menjadi anggota genap 1 (satu) tahun adalah layak memohon pengeluaran sebahagian syer yang dimilikinya.
1.2 Had Pengeluaran
1.2.1 Jumlah pengeluaran syer hanya boleh dilakukan dengan baki syer tidak kurang dari had minimum menjadi anggota seperti berikut :
(i) Anggota Individu RM 500.00
(ii) Anggota koperasi RM3,000.00
1.2.2 Pengeluaran syer hanya boleh dilakukan sekali di dalam tempoh 1(satu) tahun daripada tarikh menjadi anggota ataupun daripada tarikh pengeluaran syerterdahulu.
1.3 Bagi anggota-anggota yang telah mengeluarkan sebahagian syer di atas adalah tiada sebarang tegahan untuk melakukan bayaran tambahan syer anggota masing-masing darisemasa ke semasa tertakluk kepada had tambahan maksima syer anggota yang dibenarkan.
1.4 Jumlah minima syer yang dipohon untuk pengeluaran hendaklah tidak kurang dari RM100.00(Ringgit Malaysia : Seratus Sahaja) bagi setiap kali pengeluaran.
1.5 Jumlah maksima syer yang dipohon untuk pengeluaran hendaklah tidak melebihi RM50,000.00(Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi setiap kali pengeluaran.
1.6 Pengeluaran sebahagian syer ini adalah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Kecil 57 dan 58 Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad
2.0 Kelulusan Dan Pembayaran
2.1 Permohonan pengeluaran sebahagian syer mestilah dengan melengkapkan borang permohonan dan boleh dibuat melalui mana-mana cawangan Bank Persatuan.
2.2 Jumlah pengeluaran sebahagian syer anggota adalah tertakluk kepada kelulusan AnggotaJawatankuasa Kerja Bank Persatuan terlebih dahulu.
2.3 Tempoh pembayaran pengeluaran syer kepada anggota yang berkenaan adalah di dalam tempoh selewat-lewatnya 1 (satu) bulan daripada tarikh permohonannya diluluskan
3.0 Tarikh KuatkuasaPermohonan pengeluaran sebahagian syer anggota ini adalah berkuatkuasa serta-merta pada tarikh memorandum ini. Permohonan bagi pengeluaran sebahagian syer anggota ini mestilah dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran Sebahagian Syer (PSSA). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Operasi Dan Keanggotaan, Ibu Pejabat untuk kelulusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan