Hari ini jom kita masak ikan bakar berempah..
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan (terpulang tp ikan berlemak lebih baik)
7 tangkai cili kering (dikisar)
1 biji bwg besar (dikisar)
2 ulas bwg putih (dikisar)
1.5 cm halia (dikisar)
sedikit belacan
1.4 cwn pati air asam jawa
Serai
Garam
Kunyit
Ajinamoto
sedikit gula
Cara:
1. Tumis bahan kisar.
2. Apabila cili sudah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
3. Kecilkan api dan biarkan sehingga pekat.
4. letakkan ikan di atas kertas foil dan curahkan bahan tumis.
5. Taburkan hirisan sayuran dan hirisan bawang (jika suka)
6. Tutup ikan dgn sekeping lg kertas foil dan pastikan air curahan tidak tertumpah.
7. Letakkan ikan td di atas kuali dan bakar sehingga ikan masak (bole letakkan sedikit minyak di atas kuali jika mahu).
SELAMAT MENCUBA
25 Mei 2010
23 Mei 2010
Pendaftaran Bariah ke UIA Petaling Jaya
21 Mei 2010 adalah hari pendaftaran untuk anak saudaraku Bariah..masuk ke Asasi Sains, UIA....hasil keputusan cemerlangnya dalam peperiksaan SPM. Aku dan suami, ibubapanya, adikku Za dan keluarga dan turut bersama menghantarnya adalah ibubapaku...TAHNIAH DIUCAPKAN......
Ini adalah sesi menunggu nombor dipanggil..cuaca panas betoi..akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu...nombor pun dipanggil..tp hanya anak saudaraku seorang saja yang bole masuk..
Sambil menunggu..sempat lagi budak2 ni posing....
Ini adalah sesi menunggu nombor dipanggil..cuaca panas betoi..akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu...nombor pun dipanggil..tp hanya anak saudaraku seorang saja yang bole masuk..
Sambil menunggu..sempat lagi budak2 ni posing....