Cara buat:
Meatball
Daging, garam, aji, lada hitam, daun sup, bawang goreng, 1 biji telur, 1 sb tepung gandum, cili api- masukkan dlm food processor.
Bulat2 kan dan rebus sehingga masak.
Sos Tomato
Tumis bawang, masukkan daging ayam kisar ramly, cendawan, sos prego tin warna hijau, garam, gula secukup rasa.
Masukkan 4@5 meatball dlm bekas yg sesuai. Bubuh sos tomato, cheddar cheese dan mozarella cheese dan bakar ye.....
Senang jer kan??
Sebenarnya resepi nih boleh diubah-suaikan. Seperti yang kat bawah ni...saya tambahkan makaroni. kalau tak nak pun tak apa...
Bola daging yang dah masak
Makaroni yang direbus
Masukkan bola daging, makaroni dan sos
Taburkan cheese
Dah siap dibakar
Yang ni versi yang tak ada makaroni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan