Bahan-bahan
- 10g serbuk agar-agar
- 800ml air
- 200g gula
- 200ml santan pekat
- sebiji telur
- sedikit esen vanila
- sedikit garam
Cara-cara:
- Dalam bekas, campurkan santan, esen vanila, garam dan telur. Kacau sedikit.
- Masak serbuk agar-agar, gula dan air sampai mendidih. bila dah mendidih masukkan santan dan telur tadi. kacau dengan cepat.
- Apabila dah mendidih, boleh la angkat. Masukkan dalam acuan/bekas.
- Agar-agar ini akan menjadi dua lapisan jika dimasukkan ke dalam acuan semasa masih panas.
Versi saya: Saya biarkan agak sejuk dahulu (tetapi perlu dikacau sekali sekala), baru masukkan dalam acuan. Sebab itu, gambar nampak cam satu kaler jek...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan